Sunday, December 9, 2007

Soal Jawab Agama?

Assalamualaikum,
Ya ustaz, bagaimana hukum membina tembok simen di atas kuburan untuk mengukuhkan kuburan tersebut?
Wassalam

Jawapan:

al-Jawab:Dalil melarangnya, dari Jabir ra:
نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم أن يجصص القبر . وأن يقعد عليه . وأن يبنى عليه

Terjemahnya:RasuluLlah saw melarang menembok kubur, duduk di atasnya dan membina bangunan di atasnya. (Sahih Muslim, 970, al-Albani, sahih al-Jaami’ 6841)komentar Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnahnya, maksud menembok ialah membina dgn adunan konkrit. Hikmah larangan ini ialah kubur itu bersifat sementara dan termasuk perhiasan dunia yang tidak selayaknya bagi mayyit. WA
al-ahkam

Friday, December 7, 2007

5 ekor Jamnapari yang di beli minggu lepas..

Ni lah gambar Kambing yg aku shopping last week..
5 ekor induk Jamnapari dan 3 dari nya telah bunting awal..
Dan sapa2 nk lego bisnes kambing cari saya juga..nk borong lar.
Sapa2 ada jual baka kambing katjang kt area Melaka email saya.

Wednesday, December 5, 2007

Apakah pro dan kontra membuat kandang atas tanah?




Mungkin ramai yang terfikir kandang jenis manakah yang harus dibuat samada berpangkin ataupun cara biasa kandang setinggi 6 kaki? .

Tapi apabila melihat kandang atas tanah yang di reka seperti kandang di Australia di kandang sahabat saya Si Amir (Buani Farm) di Kajang mmg menarik minat saya semasa membuat lawatan kerja di farm beliau.(Lihat di atas)

Kandang di Australia, kebanyakannya dibuat di atas tanah sahaja begitu juga di Indonesia. Jadi tidak ada masalah kalau hendak buat bagaimana pun,terpulang pd kemampuan modal.Bagi kandang yang biasa kita lihat di Malaysia jarak 6 kaki daripada bawah kandang sebegini adalah memudahkan pembersihan sisa tinja dan air kencing di bawahnya dan antara fakta ya lain adalah mengelakkan gas ammonia yang busuk naik ke atas dan menjejaskan kesihatan kambing. Dan juga mungkin keadaan cuaca negara kita yg hujan dan panas.Namun begitu sekarang kita sudah mempunyai beberapa jenis bahan probiotik yang dicampurkan ke dalam bahan makanan bagi mengelakkan perkara ini berlaku. Jadi ini sudah tidak jadi persoalan besar.
Idea kandang kambing atas tanah mmg dpt menjimatkan kos permulaan seseorg yg baru menceburi bidang penternakan ini.Kos yg perlu diambil kira adalah daripada harga kayu yg mahal serta upahnya lagi.Ingat kita nk jual kambing dan bukan kandang nya..
Kandang Amir ni telah 1 thn di buka.Kadar kematian yg rendah di kandang nya dan bukan kerana sebab masalah kandang..(Stress-Baru sampai).Lapisan paling dalam adalah Tar,pasir dan atas pasir pula di letakkan kapor supaya kuman mati.Bagus kajian mereka.
Kandang Amir ini akan di jadikan rujukan untuk kandang saya di Alor Gajah Melaka kelak.
Insya'Allah
(Terima Kasih atas kesudian saudara Amir berkongsi cerita)

Tuesday, November 20, 2007

Komen Ustaz Zaharuddin mengenai Pelaburan Saham Kambing 1 lot/RM550..untung dapat RM200 setiap 2 bulan.

KESIMPULAN Dari Uzar

Kesimpulannya, jika anda bertanya saya, saya kelaskan sebagai KIV DAN SYUBHAH. Ini kerana transaksinya masih bercampur di antara aqad yang benar, syarat yang meragukan dan aqad dan syarat yang salah.

Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
17 Nov 2007

http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=629&Itemid=95

Sila layari Web Uzar di atas untuk mengetahui lebih lanjut huraian Uzar.
Topik ini di tutup kecuali saya mendapat jawapan balas mengenai aduan yg telah di buat.

Tuesday, November 13, 2007

Pelaburan Saham Kambing 1 lot/RM550 untung dapat RM200 setiap 2 bulan.

Dalam membincangkan permasalahan ini,janji-janji yang diberikan cukup memberansangkan.Antara janji yang diberikan jika masuk pelaburan saham kambing ialah mereka akan menikmati pulangan yang tetap(selepas 2 bln RM200 dlm sethn-1 kambing).

Ini bermakna pelaburan ini adalah tetap dan jika ini berlaku ini bukanlah pelaburan tapi riba’. Secara sepakat ulama Shariah silam dan kontemporari, jaminan untung ini adalah namanya RIBA dan bukan pelaburan.

Kerana Pelaburan yang diiktiraf Islam tidak dibenarkan menjamin sebarang keuntungan, hanya anggaran dan andaian sahaja serta pihak pengurusannya tidak membuat sebarang janji untuk memberi untung itu. Dan mengikut teori keuntungan juga ialah “risk and return have direct relationship”,ini bermakna keuntungan itu bukanlah tetap tanpa ada sebarang risiko,oleh itu dalam pelaburan sebenar ialah hanya andaian bukan penetapan.Is just potential not actual.

Demikian keputusan yang disebut secara sepakat oleh ulama silam, iaitu kontrak pelaburan itu tidak sah menurut Islam. Dan semua untungnya juga tidak sah. (Rujuk Bada'i as-Sonai', Al-Kasani, 5/119 ; Hasyiah Ad-Dusuqi, 5/281 ; Mughni Al-Muhtaj, 3/404 ; Al-Mughni, Ibn Quddamah, 5/44)

Manakala Majlis Penasihat Shariah Dunia, AAOIFI telah membuat keputusan berikut, berikut teks fatwanya :-

إذا شرط أحد الطرفين لنفسه مبلغاً مقطوعاً , فسدت المضاربة

Ertinya :"Apabila mana-mana pihak menetapkan baginya satu jumlah untung yang tetap dan pasti, maka rosaklah aqad pelaburan Mudarabah itu"(Al-Ma'ayir As-Syaiyyah, AAOIFI,hlm 240)

Jaminan untung tertentu dalam sebarang kontrak pelaburan adalah telah sepakat seluruh ulama sebagai haram kerana ia adalah Riba. Hadith Nabi yang telah dijadikan Kaedah Fiqh menyebut :

أن الخراج بالضمان

Ertinya : "(Bagi mendapatkan) Keuntungan (hasil pelaburan) mestilah dengan menghadapi risiko (bermakna tiada untung tetap dijanjikan dan pelabur mesti menjamin keelokkan barangan yang dijual jika melibatkan jual beli)" (Riwayat As-Syafie, Ahmad, Ibn Hibban, Abu Daud : no 3508 ; Albani : Hasan)

Monday, November 12, 2007

Pelaburan Saham Kambing 1 lot/RM550..untung dapat RM200 setiap 2 bulan. YANG MERAGUKAN - Bantahan Dari Penternak JUTAWANTANI

Syarikat Tersebut mempelawa anda menyertai perniagaan ternakan kambing secara perkongsian. Anda hanya perlu membeli kambing mengikut kemampuan anda. Satu perjanjian akan dibuat dan ditandatangani yang mana anda bersetuju menyerahkan sepenuh kuasa kepada Syarikat untuk menternak, membeli semula dan memasarkan @ menjual kambing tersebut. Pembeli akan diberi sijil pemilikan.

Syarikat akan memberikan keuntungan hasil dari penjualan selepas 60 hari kepada anda bagi setiap ekor kambing yang anda beli.

CONTOH :
RM 550.00 =Harga Belian Seekor Kambing
SELEPAS 60 HARI RM 900.00 =Harga Kambing Dijual
RM 150.00 =(Tolak) Kos Penjagaan
RM 750.00 =Untung Kasar
RM 550.00 =(Tolak) Modal – Akan Digantikan Dengan Kambing Baru
RM 200.00 =Untung Bersih *(Harus Di ingat Menetapkan kn Keuntungan itu HARAM dlm Islam)

* Dibayar Setiap 2 Bulan @ 60 Hari * Tertakluk Pada Perjanjian

PROSES SELEPAS 2 BULAN :
• Syarikat Akan Membeli Semula Kambing Tersebut Dengan Harga RM 900.00
• RM 150.00 Akan Di Potong Dari Pembelian Semula Ini Untuk Kos Penjagaan.
• RM 550.00 ( Modal ) Juga Akan Di Tolak Jika Pembeli Tidak Menarik Diri & Syarikat Akan Menggantikan Dengan Kambing Yang Baru.
• Pembeli Akan Menerima Baki Bersih RM200.00

PROSES PEMBAYARAN & PENARIKAN DIRI :
• Pembeli Akan Menerima Cek Sebanyak RM200.00 Dalam Tempoh 7 Hari Selepas Pembelian Semula.
• Jika Ada Penarikan Diri Oleh Pembeli, Cek Sebanyak RM750.00 Akan Diberikan. (Modal + Untung)
• Penarikan Diri Perlu Dibuat Dengan Bertulis Sebulan Sebelum Tarikh Tamat.
• Pembeli Perlu Menyerahkan Sijil Pemilikan Dan Salinan Kad Pengenalan.

Apakah tujuan syarikat ini dgn mengambil deposit orang ramai untuk melabur dlm syarikat nya?Ada byk keraguan di sini.Yang pelik org kita terlalu mudah percaya.Kandang dan Kambing yg mereka ada meragukan.Kepada penternak sedia ada mari kita bergabung dgn kekuatan yg sedia ada dlm blog jutawantani untuk tidak mengelirukan org ramai dlm pelaburan kambing ini.Kita tidak mahu ada org mahu mengambil kesempatan di atas saranan kerajaan dlm pertanian ini ..Lebih2 lagi bila mendengar PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN..MARI NYATAKAN BANTAHAN ANDA. Ada perancangan untuk menghantar aduan kepada Bank Negara Malaysia Dan juga Pusat Keselamatan Siber.

Monday, November 5, 2007

Sarapan Pagi Kambing




Antara bahan2 makanan keperluan kambing untuk bersarapan pagi tu..siap nk bancuh lagi

Setelah menyertai kursus ternakan kambing

Assalamualaikum..syukur ke hadrat ilahi..Kita bersua lagi dlm blog ini..
Minggu yg menyeronokkan di sekitar kursus ternakan kambing yg diadakan di Melaka oleh Cikgu Ab Halim Samiah Goat Farm.Mmg Sifu lah cikgu Halim ni..Byk perkara baru di pelajari..siap belajar jadi doktor haiwan lah jugak..suntik vitamin pd kambing berusia 6 bln dgn suntikan untuk memberi selera makan pd anak-anak kambing tersebut.
Antara perkara-perkara yg di sentuh semasa kursus tersebut:-
-Pengeluaran Dan Pengurusan Ternakan Kambing
-Perancangan Ke arah pengeluaran kambing komersil
-Perancangan kos,kewangan projek dan penyimpanan rekod
-Pengenalan baka-baka kambing
-Prasarana Dan Pembinaan Kandang
-Pengurusan Pembiakan
-Pengurusan anak dan pembesaran
-Pengurusan Kesihatan,Penyakit dan parasit
-Nutrien dan pemakanan
-Pengurusan Pastura dan fodder

Jadi masa kursus dari 8 pagi sehingga 6 petang mmg sgt suntuk..jadi kepakaran Cikgu Halim dlm dunia penternakan dpt lah dia kongsi kan bersama kami tempoh hari.Yg menarik sekali Cikgu Halim bermula dgn 4 ekor kambing pd 6thn lepas dan sekarang hampir 500 ekor telah ada di kandang nya..Cikgu Halim kata bekalan masih tidak mencukupi kerana dia pun mempunyai ramai permintaan dari org ramai termasuk penternak.
Makna nya lepas kursus ini..Saya kene lebih bermotivasi,supaya lebih maju dlm dunia penternakan ini..supaya org pula mengenali saya sebagai penternak yg berjaya(angan2 kan xkene bayar). Ada seminar terbaru mengenai ternakan kambing di KL..mari bersama-sama dlm dunia penternakan jikalau anda sanggup sahut cabaran..MAJULAH KAMBING UNTUK NEGARA

Wednesday, October 31, 2007

Kursus Ternakan Kambing

Bersua kembali..
Minggu ni terasa excited sebab nk pergi kursus ternakan kambing di Melaka..
2 hari pada Sabtu dan Ahad..Insyaallah awal bulan Disember pun ada kursus ternakan kambing lagi..Ilmu kita kene redah mana2 tempat je..sebab kelak ilmu itu kita boleh manfaat kan nya.
Excited lagi sebab kandang dlm pembinaan dan merancang nk bawa kambing baka boer,jamnapari dan kambing katjang.Kambing kampung ni selalu nya orang beli untuk tujuan Aqiqah.Jadi bekalan ini nak lah di pastikan ada di kandang kami.
Pasal kambing ni bab market, Insyallah, takda masalah. Kena rancang la apa tujuan kita,samada trading, slaughtering or breeding. Semuanya, ada market yang tersendiri. Trading paling senang. Beli dan jual balik. Beli murah, jual mahal sikit. (Jangan mahal banyak).
Kalau buat sembelih, kena pastikan ada kambing sendiri(stok) atau boleh dapat constant supply dari breeder lain. Masalah kat sini yang akan wujud adalah kerana stok tarak ataupun
butcher tak bayor @ butcher kapor duit kita.
Kalau tak, masak kita nak rolling balik. Butcher meniaga cash so, takkan wujud masalah kalau dia orang nak bayar balik.Kalau nak breed la pulak. Market tertumpu kepada breeder lain dan juga agensi-agensi yang berkaitan seperti JPH, RISDA, MARDI, UPM dll. Mostly kita tumpu pada breeder la. Tapi breeding juga akan menghasilkan kambing daging. Pada kambing2 yang tidak ada potensi untuk menjadi pejantan yang bagus, baik digemukkan untuk dijual sebagai daging. Untung banyak ooo...
Jumpa Lagi lepas kursus

Tuesday, October 23, 2007

Ramadhan,Syawal dan usaha seterusnya

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri pada semua rakan ternak dan juga pembaca ruangan blog saya ini.Bulan puasa xde apa program di lakukan sepanjang bulan itu.Cuma mengumpul kayu-kayu terpakai yg di kumpul kan di Lembah Klang.Insyaallah bila mencukupi akan di bawa kayu-kayu itu ke Alor Gajah Melaka untuk pembinaan Kandang Kambing.Banyak perkara yg telah tertangguh,jadi akan datang selepas ini pasti sebok dgn kerja-kerja yg masih belum di selesaikan..Bila kandang dh siap boleh la bawa kembali kambing2 jamnapari ke kandang sendiri.Wokeylah kita jumpa kemudian.

Wednesday, October 3, 2007

ZAKAT TERNAKAN

Zakat ternakan ialah zakat yang wajib dikeluarkan apabila sempurna syarat-syaratnya bagi semua pemilik haiwan ternakan yang wajib dikenakan zakat. Haiwan ternakan yang diwajibkan zakat adalah kambing, biri-biri, lembu, kerbau dan unta.

DALIL WAJIB ZAKAT TERNAKAN
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:"Daripada Muaz Ibnu Jabal, beliau berkata: Baginda Rasulullah SAW telah mengutus aku ke Yaman dan beliau memerintahkan aku dari setiap 40 ekor lembu, satu ekor lembu *musinnah (seekor lembu betina yang umurnya mencapi 3 tahun) dan dari tiap-tiap 30 ekor lembu, **tabi`, atau tabiah (satu ekor lembu jantan atau betina yang mencapai umur 2 tahun)."
(Riwayat Ibnu Majah)

* Musinnah: Lembu betina berumur 2 tahun lebih
** Tabi`: Lembu jantan berumur 1 tahun lebih

SYARAT WAJIB ZAKAT TERNAKAN
1. Islam
2. Sempurna milik
3. Merdeka
4. Cukup Nisab (Genap setahun)
5. Binatang ternakan yang tidak digunakan untuk bekerja seperti membajak sawah,menarik kereta dan sebagainya.

KETERANGAN
Binatang yang hendak dizakatkan hendaklah yang sempurna dan tidak cacat seperti hilang kaki atau tangan dan sebagainya. Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud:"Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk-buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau jadikan pemberian zakat."
(Surah Al-Baqarah:267)

SIFIR KIRAAN ZAKAT LEMBU/KERBAU

KADAR NISAB KADAR ZAKAT
Bilangan Bilangan / Jantina / Umur
(ekor)

30 - 39 1 ekor / Jantan / 1 tahun lebih*

40 - 49 1 ekor / Betina / 2 tahun lebih**

60 - 69 2 ekor / Jantan / 1 tahun lebih*

70 - 79 1 ekor & 1 ekor / Jantan & Betina / 1 tahun lebih & * 2 tahun lebih**

80 - 89 2 ekor / Betina / 2 tahun lebih**

90 - 99 3 ekor / Jantan / 1 tahun lebih*

100 - 109 2 ekor & 1 ekor / Jantan & Betina / 1 tahun lebih & * 2 tahun lebih**

110 - 119 2 ekor / Jantan / 1 tahun lebih*

120 ke atas 3 ekor atau 4 ekor / Betina @ Jantan 2 tahun lebih** & 1 tahun lebih*

* Apabila bilangan itu lebih daripada yang dinyatakan di atas, maka bagi setiap 30 ekor lembu diwajibkan zakat 1 ekor anak lembu jantan yang berumur satu tahun. Bagi setiap 40 ekor anak lembu diwajibkan zakat satu ekor anak lembu betina yang berumur 2 tahun.

** Tetapi jika ternakan bercampur, maka zakatnya terserah kepada pembayar samada boleh memberi lembu/kerbau yang lain atau daripada pemiliharaan itu. Pilihlah yang sederhana untuk keluarkan zakat.

SIFIR KIRAAN ZAKAT KAMBING/BIRI-BIRI


KADAR NISAB KADAR ZAKAT
Bilangan Bilangan / Jantina / Umur
(ekor)
40 - 120 1 ekor kambing biri-biri Jantan/Betina 1 tahun
1 ekor kambing Jantan/Betina 2 tahun

121 - 200 2 ekor kambing biri-biri Jantan/Betina 1 tahun
2 ekor kambing Jantan/Betina 1 tahun

201 - 399 3 ekor kambing biri-biri Jantan/Betina 1 tahun
3 ekor kambing Jantan/Betina 2 tahun

Penambahan 1 ekor kambing biri-biri Jantan/Betina 2 tahun
seterusnya: 1 ekor kambing Jantan/Betina 2 tahun
Tiap-tiap
100 ekor

Setiap pertambahan 100 ekor, zakatnya ditambahkan 1 ekor kambing 2 tahun dan seterusnya.
Jika semua kambing sampai nisab itu jantan maka harus dikeluarkan yang jantan sebagai zakat, tetapi apabila ada antaranya yang betina hendaklah sebahagian dari zakat yang dikeluarkan itu betina.
Jika bercampur kambing dan biri-biri serta beberapa jenisnya maka apabila cukup nisab, bolehlah dikeluarkan zakatnya mengikut pilihan tuannya samada kambing atau biri-biri

Monday, October 1, 2007

Terapi Kambing

Kambing sering dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.

Pengurai Kolestrol Tepu
Salah satu bahan yang terdapat dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi dan obesiti ialah kolestrol daripada sumber seperti berikut;

-Kolestrol daripada minyak tumbuhan seperti minyak sawit, minyak bunga matahari, minyak soya, minyak jagung dan sebagainya.
-Kolestrol daging lembu.
-Kolestrol tepu daripada makanan laut (kecuali ikan) iaitu sotong, udang, ketam, kerang, siput.
-Kolestrol tepu daripada organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, perut, usus, dan organ- organ lain seperti telinga, lidah, mata, dan sebagainya.
-Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh kolestrol tumbuhan seperti keropok lekor, tauhu goreng, taugeh goreng, telur goreng (bahagian kuning telurnya) dan sebagainya.
-Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh sodium (garam pengawit) seperti daging berger.
-Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti Vitamin C seperti daging yang diperah limau atau mengambil herba chitosan (herba slimming) atau kuah laksa yang diperah limau atau amalan meminum jus oren setelah mengambil makanan tinggi protein.
-Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti karbon seperti ikan bakar, sate atau daging panggang.

Daging kambing tidak memiliki protein yang tinggi, oleh itu ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan seperti yang dinyatakan di atas.
Ikatan kolestrol tepu boleh dicegah sekiranya terdapat Omega 3 di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai melainkan ia hanya boleh diurai dengan kolestrol kambing sahaja.
Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein akan mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Kandungan kolestrol tepu jenis ini sekiranya terdapat banyak dalam darah akan mengakibatkan masalah jantung.
Sodium (sejenis garam) yang digunakan untuk mengawit daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging berger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti Mono Sodium Glitumat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia akan menyebabkan strok.

Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti
Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.
Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.
Kolestrol yang gagal dicerna oleh hati akan disimpan dalam bentuk lemak di bawah permukaan kulit. Dalam jumlah yang banyak ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan). Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.

Mencantikkan Kulit
Dalam daging kambing turut terdapat Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu dan mencantikkan kulit.
Pengambilan protein tinggi yang berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan menyebabkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.
Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang putih dan cantik.

Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan
Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi menjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.
Jantung yang menerima kolestrol daging kambing akan lebih lembut dan lancar pergerakannya. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan.
Mereka yang mengamalakan memakan daging kambing akan merasa tenang dan gembira dan mudah merasa getaran kasih sayang. Sekiranya anda menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan, silalah amalkan memakan daging kambing.

Sumber Penjanaan EQ(Emotional Quotient)
Selain kolestrol pengurai dan Vitamin C, kambing juga mempunyai mineral ringan yang amat baik untuk pembentukan sel hati, merangsang rembesan hormon daripada Kelenjar Pineal (NW1), Kelenjar Pitutary (NW2), Hati (NW12), Hempedu (NW14), Pankreas (NW15), Kelenjar Adrenal (NW13) serta hormon pembiakkan ovari dan testis (NW16).
Tindak balas logam ringan terhadap keseimbangan hormon dalam badan akan membantu meningkatkan tahap kematangan dan penghayatan seseorang. Mengamalkan memakan daging dan meminum susu kambing akan menjadikan pemikiran bertambah pantas, tajam dan tahap ingatan meningkat. Ketika itu penghayatan dan kematangan akan terbentuk dengan matap atau disebut emotional quotient EQ.
Sekiranya anda mahu anak-anak menjadi bijak insya Allah, amalkan memakan daging kambing atau meminum susu kambing.

Antibiotik Semulajadi
Semua haiwan mengeluarkan peluh yang berbau. Bau ini sebenarnya ialah hormon yang betindak sebagai antibiotik untuk mencegah penyakit. Daging kambing tidak rosak walaupun tidak disimpan dalam peti sejuk kerana penghasilan hormon ini.
Mengamalkan memakan daging kambing dapat menguatkan antibiotik semula jadi tubuh. Mereka yang kerap memakan daging kambing akan terhindar daripada penyakit berjangkitan seperti demam dan selsema.
Pengembala kambing tidak akan berbau badannya terutama di bahagian ketiak jika kerap berkada di kandang kambing. Mereka yang mengalami masalah ketiak hangit boleh merawat penyakit tersebut dengan mencuba mengembala kambing.

Pengaruh Karektor
Setiap makanan yang kita makan tidak kira sama ada daging atau tumbuhan akan mempengaruhi karektor kerana di dalam makanan yang bersifat organik tersebut turut terdapat DNA dan RNA yang bersenyawa dengan sel tubuh badan kita untuk memberikan sesuatu manfaat.
Makan dalam bentuk sayuran akan mempengaruhi sifat enzim manakala makanan dalam bentuk daging akan mempengaruhi sifat karektor organ. Contohnya cendawan yang bersifat parasit, bertindak menyerap tenaga yang tidak baik daripada badan seperti tenaga kanser. Tetapi mengambilan cendawan yang berlebihan akan menebabkan badan menjadi letih kerana kita kehilangan tenaga. Contoh haiwan pula, misalnya sotong suka mengkaji dan mencuba perkara baru. Di dalam laut sotong bersifat suka mencuba dan kekuatan ingin tahu yang tinggi walaupun memahami ia seuatu yang mudarat. Mereka yang mengamalkan memakan sotong dalam jumlah yang banyak akan bersifat kuat ingin mencuba sesuatu yang tidak pernah dilakukan walaupun mengetahui ia bahaya. Contoh percubaan bahaya sotong ialah gemar meneroka atau masuk ke tempat baru, suka memakan umpan candat secara beramai-ramai. Contoh ayam ialah haiwan ini terlalu kuat cemburu, mengamalkan memakan daging ayam dengan kerap akan menjadikan diri kuat cemburu yang melulu. Daging khinzir pula adalah sebaliknya iaitu tidak tahu rasa cemburu atau malu. Pesakit diabitis yang mengambil insulin (semua insulin berasal daripada insulin khinzir) sudah tidak ada rasa cemburu lagi, sedangkan ketika perngkat awal menghidap penyakit diabitis, tahap cemburunya amat melampau.

Karektor Kambing
Kambing mempunyai karektor seperti berikut;
-Tegas.
-Berpendirian.
-Matang.
-Berani kerana benar, berani menegakkan keadilan dan kebenaran.
-Memahami arahan.
-Gembira dan tahap kecintaan yang tinggi.
-Tinggi EQ (emotional quotient).
-Kadar instinct, intuisi, naluri dan gerak rasa yang tinggi.
-Tersenyum.

Ketegasan kambing dapat dilihat dengan membuat percubaan menarik dan menolaknya. Contohnya kambing yang diikat lehernya dengan tali, apabila ditarik dia akan tegap dan mengundur untuk melawan tarikkan. Jika kita menolak badannya ke belakang, dia akan melawan dan seperti hendak mara ke hadapan. Jika kita berada di sisinya, cuba tolak ke tepi sebelah sana, dia akan rapat ke kita. Jika kita tarik ke arah kita, dia akan menjauhkan kita. Maksudnya apabila kambing berdiri, dia berdiri dengan tegap dan tegas.
Kambing hanya akan bergerak jika diberi arahan dengan ikhlas. Kita boleh arahkan kambing masuk atau keluar kandang, balik ke kandang, jangan makan pokok bunga atau tanaman orang lain, jangan merayau jauh-jauh dan sebagainya. Arahan perlulah berserta dengan hati yang ikhlas dan penuh kasih sayang, insya Allah memerihara kambing amatlah menyeronokkan.
Dakwaan yang menyatakan mengembala kambing menguji kesabaran atau mendidik supaya menjadi seorang yang penyabar rasanya kurang tepat. Kenyataan yang tepat ialah mengembala kambing akan meningkatkan rasa kecintaan, kegembiraan, kepuasan dan penghayatan yang tinggi di samping menjana EQ yang tinggi. Pengalaman sebenar hanya dapat dirasai jika kita mengembala kambing itu sendiri.

Rahsia Janggut Dan Senyuman
Semua kambing berjanggut dan sentiasa tersenyum. Janggut mempunayi banyak rahsia. Salah satunya ialah janggut menyimpan rahsia persahabatan. Bermaksud, mereka yang berjanggut mempunyai kesetiaan dalam persahabatan yang tulus dan ikhlas, bersatu dan bekerjasama dalam kumpulan serta tidak mengkhianati sahabat.
Senyuman ialah rahsia konduktor (dalam bentuk gelombang visual boleh lihat) yang akan mengalirkan kalam hati melalui rasa kasih sayang. Aliran rasa kasih sayang ini akan melancarkan pematuhan gerakan tenaga dalam falsafah Hukum Keseimbangan.
Senyuman ialah satu ciri facial therapy yang akan merawat pelbagai penyakit. Oleh itu, kambing ialah sejenis haiwan yang mempunyai tahap kesihatan yang tinggi dan boleh membekalkan daging yang bersih dan selamat daripada sebarang jenis jangkitan.

Rawatan Penyakit Darah Tinggi
Pesakit darah tinggi dinasihatkan agar tetap mengambil kambing dalam proses merawat penyakit darah tinggi sebegai ketahanan tubuh untuk mengelakkan penyakit ini berulang kembali.
Sebelum mengambil daging kambing, pesakit dinasikatkan agar mendapatkan rawatan untuk Darah NW18 dan Thalamus NW3. Rawatan terbaik untuk menstabil dan menguatkan darah daripada penyakit darah tinggi ialah dengan pengambilan formula Basic Energy, insya Allah.
Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Colour Vibration Therapy untuk merawat penyakit darah tinggi atau sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Insya Allah kita ikhtiar dengan sedaya upaya;

Di petik dari;
Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Colour Vibration
Therapy CVT
No 14 Lebuh Wira Jaya,
Taman Rapat Setia Baru
31350 Ipoh, Perak

Usahasama


Usahasama dgn syarikat inkubator di Melaka telah di jalinkan dgn perancangan yg teliti.Di harap baka Jamnapari betina akan membiak dgn secepatnya.Kandang di Alor Gajah dlm pelan perancangan dan di jangka siap menjelang awal Jan 2008.
Di masa akan dtg kami ingin membuka pula kerjasama melalui pelan inkubator yg di usahakan sendiri pula.Sekurang-kurang nya dptlah kami ingin membiak kan baka terbaik masa kini iaitu dari baka boer.

Friday, September 28, 2007

Korban & Aqiqah

Kedua-dua ibadah ini adalah antara amalan mulia dan penting dalam Islam kerana amat besar fadhilatnya, tetapi malangnya masih ramai orang yang samar-samar atau kabur kefahaman menerka mengenainya, sehinggakan ada yang memandang ringan walaupun mempunyai kemampuan tetapi tidak mahu melakukan penyembelihan qorban dan aqiqah ini. Semoga dengan penjelasan yang serba sedikit ini dapat membantu kefahaman kita semua tentang ibadat Qurban serta Aqiqah serta keinginan untuk sama-sama mencari pahala kedua ibadah ini akan meningkat.
Apakah sebenarnya qurban dan aqiqah itu? Apakah hukum melakukannya? Berapa kali kita dituntut melakukan qurban sepanjang hayat kita? Apakah syarat-syarat binatang yang dikorbankan? Apakah perbezaan antara qurban dan aqiqah? Bolehkah seekor lembu dikongsi sebahagian untuk qurban dan sebahaian untuk aqiqah? Apakah hikmah atau faedah yang bakal diperolehi kerana melakukan kedua-dua ibadah itu?
Demikianlah antara masalah yang akan cuba kita kupas serta perjelaskan dibahagian ini dan disamping itu akan dijelaskan beberapa perkara berkaitan dengan ibadah kurban dan aqiqah, semoga memberi kefahaman yang jelas hingga kita dapat menghayatinya dengan penuh keimanan kerana menjunjung perintah Allah s.w.t. dan mendapat fadhilat daripada amalan yang akan kita lakukan ini.

PENYEMBELIHAN QURBAN
Qurban ialah penyembelihan binatang qurban yang dilakukan pada Hari Raya Haji (selepas solat 'Idil Adhha) dan hari-hari Tasyriq iaitu ,11,12 dan 13 Zulhijjah kerana beribadah kepada Allah s.w.t. , iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. .

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syi'ar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur." (surah al-Haj:36)

"Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah." (Surah al-Kauthar:2)

Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
"Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu."
(Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

Hukum Hukumnya Sunat Muakkad(dituntut).
a)Islam
b)Merdeka
c)Baligh lagi berakal
d)Mampu untuk berqurban

Maksud Korban
Menyembelih binatang ternakan yang terdiri daripada unta, lembu, kambing dan kibas yang sampai umur* pada hari raya korban (Aidil Adha) iaitu pada 10 Zulhijjah selepas sembahyang sehingga gelincir matahari hari terakhir tasyrik iaitu 13 Zulhijjah dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah.

Walaupun hukum berqurban itu sunnat tetapi ia boleh bertukar menjadi wajib jika dinazarkan. Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa yang bernazar untuk melakukan taat kepada Allah, maka hendaklah dia melakukannya." (Sila Rujuk: Fiqh al-Sunnah)

* Umur binatang yang boleh dikorbankan:-
- Unta 5 thn ke atas – 7 bahagian.
- Lembu, kerbau 2 thn ke atas – 7 bahagian.
- Kambing 2 thn ke atas- 1 bahagian.
- Biri-biri, kibas 1 ½ thn- 1 bahagian.

* Ditegah berkorban dengan binatang yang cacat, berpenyakit, patah anggotanya dan terlalu kurus.

Sunat-sunat ketika menyembelih binatang korban:
-1. Membaca Basmalah
2. Selawat ke atas nabi
3. Menghadap kiblat
4. Bertakbir
5. Berdoa supaya diterima ibadah korban itu.

Nota:
a) Daging korban yang diniat nazar oleh orang yang bernazar, hendaklah di sedekahkan semuanya.
b) 1/3 daripada daging korban sunat boleh dimakan oleh mereka yang berkorban dan selebihnya disedekahkan kepada fakir miskin, boleh juga di sedekahkan kepada orang kaya mengikut mazhab Syafie..

Mereka yang melakukan ibadat korban disunatkan menyaksikan penyembelihan binatang korban tersebut seperti manasabda Rasulullah maksudnya:“Wahai Fatimah! Berdirilah di sisi korban mu dan saksikanlah, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampun bagi mu atas dosa-dosa yang telah lalu”.(Riwayat Bazzar dan Ibnu Hibban).

# Menyaksikan sendiri perlaksanaan korban tidak termasuk dalam syarat-syarat ibadat korban.# Imam Khatib Syarbini di dalam kitabnya Mughni Al-Muhtaj menyatakan, disunatkan bagi mereka yang melaksanakan korban untuk menyembelih sendiri binatang korban tersebut, sekiranya tidak mampu disunatkan bagi mereka untuk menyaksikan penyembelihan itu.

HIKMAH DAN FADHILAT
Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.
Mendidik jiwa kearah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta kejalan Allah s.w.t.
Menghapuskan dosa dan mengharap keredhaan Allah s.w.t.
Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik.
Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim diakhirat kelak. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu dititian pada hari kiamat."

Aqiqah
Maksudnya ialah menyembelih kambing atau binatang ternakan seperti biri-biri, kibas untuk anak yang baru lahir khususnya pada hari yang ketujuh kelahirannya atau selewat-lewatnya sebelum baligh.

Hukum:
Sunat muakkad (dituntut).Dalil:Antara dalilnya ialah Hadis Rasulullah s.a.w.:Dari Samirah, katanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Setiap anak itu digadaikan dengan aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuhnya, diberi nama dan di cukur kepalanya. (HR Ashabus Sunan)

Syarat-syarat Aqiqah:
a) Dari sudut umur binatang Aqiqah & korban sama sahaja.
*Umur binatang yang boleh dikorbankan:-
-Unta 5 thn ke atas – 7 bahagian.
-Lembu, kerbau 2 thn ke atas – 7 bahagian.
-Kambing 2 thn ke atas- 1 bahagian.
-Biri-biri, kibas 1 ½ thn- 1 bahagian.
b) Sembelihan aqiqah dipotong mengikut sendinya dengan tidak memecahkan tulang sesuai dengan tujuan aqiqah itu sebagai “Fida’” (mempertalikan ikatan diri anak dengan Allah swt).
c) Sunat dimasak dan diagih atau dijamu fakir dan miskin, ahli keluarga, jiran tetangga dan saudara mara. Berbeza dengan daging korban, sunat diagihkan daging yang belum dimasak.
d) Anak lelaki disunatkan aqiqah dengan dua ekor kambing dan seekor untuk anak perempuan kerana mengikut sunnah Rasulullah.‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya:Maksudnya: "Afdhal bagi anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing. Dipotong anggota-anggota (binatang) dan jangan dipecah-pecah tulangnya."(Hadis riwayat al-Hakim)

Bila tempoh aqiqah?
Disunatkan melakukan aqiqah pada hari ketujuh kelahiran anak, sebagaimana yang terkandung di dalam hadis riwayat al-Baihaqi dari Aisyah.

Berikut ini adalah beberapa pendapat ulamak mengenainya:
1. Kata Imam al-Rafi’i dan selainnya, aqiqah tidak luput (kesunnahannya) sebab habis tempoh tujuh hari.
2. Al-Mawardi pula berkata, bahawa aqiqah selepas hari ketujuh dianggap sebagai qadhak.
3. Al-Syairazi berkata di dalam al-Muhazzab, jika melakukan aqiqah selepas hari ketujuh atau sebelumnya, iaitu selepas kelahiran anak, maka itu sudah memadai (dibolehkan). Dan tidak boleh melakukan aqiqah sebelum kelahiran anak.
4. Imam al-Nawawi berkata, tidak luput kesunahan aqiqah dengan melewatkannya melebihi tujuh hari, tetapi disunatkan tidak melewatkannya sehingga anak itu mencecah usia baligh.