Tuesday, November 13, 2007

Pelaburan Saham Kambing 1 lot/RM550 untung dapat RM200 setiap 2 bulan.

Dalam membincangkan permasalahan ini,janji-janji yang diberikan cukup memberansangkan.Antara janji yang diberikan jika masuk pelaburan saham kambing ialah mereka akan menikmati pulangan yang tetap(selepas 2 bln RM200 dlm sethn-1 kambing).

Ini bermakna pelaburan ini adalah tetap dan jika ini berlaku ini bukanlah pelaburan tapi riba’. Secara sepakat ulama Shariah silam dan kontemporari, jaminan untung ini adalah namanya RIBA dan bukan pelaburan.

Kerana Pelaburan yang diiktiraf Islam tidak dibenarkan menjamin sebarang keuntungan, hanya anggaran dan andaian sahaja serta pihak pengurusannya tidak membuat sebarang janji untuk memberi untung itu. Dan mengikut teori keuntungan juga ialah “risk and return have direct relationship”,ini bermakna keuntungan itu bukanlah tetap tanpa ada sebarang risiko,oleh itu dalam pelaburan sebenar ialah hanya andaian bukan penetapan.Is just potential not actual.

Demikian keputusan yang disebut secara sepakat oleh ulama silam, iaitu kontrak pelaburan itu tidak sah menurut Islam. Dan semua untungnya juga tidak sah. (Rujuk Bada'i as-Sonai', Al-Kasani, 5/119 ; Hasyiah Ad-Dusuqi, 5/281 ; Mughni Al-Muhtaj, 3/404 ; Al-Mughni, Ibn Quddamah, 5/44)

Manakala Majlis Penasihat Shariah Dunia, AAOIFI telah membuat keputusan berikut, berikut teks fatwanya :-

إذا شرط أحد الطرفين لنفسه مبلغاً مقطوعاً , فسدت المضاربة

Ertinya :"Apabila mana-mana pihak menetapkan baginya satu jumlah untung yang tetap dan pasti, maka rosaklah aqad pelaburan Mudarabah itu"(Al-Ma'ayir As-Syaiyyah, AAOIFI,hlm 240)

Jaminan untung tertentu dalam sebarang kontrak pelaburan adalah telah sepakat seluruh ulama sebagai haram kerana ia adalah Riba. Hadith Nabi yang telah dijadikan Kaedah Fiqh menyebut :

أن الخراج بالضمان

Ertinya : "(Bagi mendapatkan) Keuntungan (hasil pelaburan) mestilah dengan menghadapi risiko (bermakna tiada untung tetap dijanjikan dan pelabur mesti menjamin keelokkan barangan yang dijual jika melibatkan jual beli)" (Riwayat As-Syafie, Ahmad, Ibn Hibban, Abu Daud : no 3508 ; Albani : Hasan)

No comments: